Wednesday, November 12, 2008

Refreshment




Refreshment    

Apabila mata makin berat untuk membaca buku department, apabila hati tidak lagi tenang berada di rumah sendiri, apabila minat belajar sudah hilang dari dada,  apabila quran yang dibaca hanya bunyian-bunyian kosong, apabila solat hanya tinggal gerakan tanpa syu’uur(perasaan), apabila diri mula futur dari saf, apabila himmah makin rendah untuk dakwah, apabila tiada lagi keinginan mencari keredhaan-Nya…..

Maka ketika itu, aku perlukan sesuatu yang menyegarkan. Aku perlukan sesuatu untuk membangkitkan keimanan yang hampir layu. Aku perlukan amalan yang dapat menghidupkan semula hati yang telah mati. Aku perlukan satu detik kita berhenti sebentar dari arus dunia. Aku perlu mengundur ke belakang, mengimbas semula gerak langkah aku.

Seorang sahabat nabi pernah mengadu kepada Abu Bakar, merasa dirinya seumpama munafik  kerana apabila berada di dalam majlis bersama Nabi, Imannya melangit tinggi, apabila diceritakan mengenai syurga dia dapat merasai nikmatnya dan apabila digambarkan neraka, dia dapat merasai azabnya. Namun apabila pulang ke rumah, berjumpa isterinya dan bermain bersama anak-anaknya, hilang darinya segala perasaan bersama nabi sebentar tadi. Abu Bakar lantas menjawab, “jika engkau mampu untuk kekal imanmu ketika bersama nabi atau ketika tidak bersamanya, maka malaikat sendiri pun akan kagum dengan diri mu”

Memang benar skali, Iman itu bertambah dan berkurang. Itulah hakikat insan. Sahabat nabi  yang lain pula pernah berkata, “marilah duduk bersama, kita beriman (perbaharui iman) sebentar”. Apa yang kita kejar di dunia ini semuanya hanya bersifat sementara, jika kita memenatkan tubuh badan dengan mengejar kesenangan dan kenikmatan dunia maka ia amatlah rugi sekali, dan jika kita penat kerana bergerak dalam amal umum, maka perkara itu adalah amalan yang kering dan amat sukar sekali menghidupkan hati.

Pendekatan yang digunapakai nabi amat praktikal. Baginda memutuskan hubungan dengan dunia luar, mengosongkan fikiran dari kekusutan masyarakat, dan menumpukan seluruhnya kepada Kekasihnya. Mengadu akan kesilapan yang lalu dan memuhasabah segala amalannya.Itulah yang dinamakan uzlah……Adakalanya diri kita memerlukan ‘UZLAH sebagai refreshment kepada diri yang makin layu..wallahu'alam

2 comments:

Learner said...

The best refreshment is Qiyamullail... If not everyday, it would be okay for once a week... =)

it's a Kind of uzlah, isn't it?

"Peringatan buat diriku and dirimu yang sering lupa"

ZAHID NASER said...

bila canda kawan sudah rasa hambar,
bila belaian ibu tak terasa lagi hangatnya,
bila puasa juga sudah tak membendung rasa,
mungkin inilah saatnya kau menikah

-SYEIKH FAUZILAZIM-

HEHEHE

drop here www.rencamagama.blogpot.com