Saturday, November 29, 2008

Pesanan Buat Mereka Yang Memegang Amanah


Pertama-tamanya tahniah diucapkan kepada setiap individu yang telah dilantik untuk memegang amanah tidak kira samada seorang presiden, AJK tinggi , exco atau hanya seorang ajk biasa. Jawatan yang disandang tidak lebih dari amanah yang dikurniakan Allah untuk menguji hambanya yang mana lebih baik amalnya. Bertambahnya amanah bermakna bertambahlah beban di atas pundak kita, makin sempit la masa kita untuk perkara-perkara lain.Semoga Allah mengurniakan antum dengan sebaik-baik kurniaan.

Satu perumapan yang sangat menarik untuk dikongsi mengenai orang yang menerima beban amanah ini, andaikan kita sebuah kepala keratapi yang menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga dan membawa gerabak-gerabak lain di belakang. Begitulah kaitannya dengan kita, arang batu itu umpama amalan ibadah lazim  kita dan gerabak di belakang itu umpama beban amanah dan tugasan yang kita pikul, makin banyak dan makin kuat arang batu dan tenaga yang dihasilkan melalui pembakarannya, makin laju keretapi bergerak walaupun banyak gerabak di belakang perlu ditarik.

Begitulah halnya dengan kita ,walaubagaimana sibuk kita dengan tanggungjawab yang ada, janganlah kita mengabaikan amalan lazim kita kerana kecacatan dalam menjaganya akan berakhir dengan kesesatan dan kebingungan  hinggalah timbul soalan “untuk apakah aku bersusah-susah memenatkan badan untuk orang lain??”

Saidiana Umar pernah berkata , aku ingin menjadi insan yang paling bertaqwa di kala mana aku adalah insan paling afdhal di kalangan manusia. Lihatlah Umar, memimpin empayar Islam yang meliputi kawasan yang luas dengan segala macam pembaharuan dilakukan  tapi dalam masa yang sama amalannya adalah yang paling baik di kalangan umat Muhammad. Hatta nabi sendiri memperakuinya melalui hadis yang berbunyi , “jika ada nabi selepas aku maka orang itu adalah Umar”

Kesimpulannya hubungan dengan Allah adalah yang paling penting , manakala jawatan dan tanggungjawab hanya alat dalam mencapai matlamat tersebut. Berikut sedikit muhasab yang boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai hubungan kita dengan Allah.

1.      Solat : Seboleh-bolehnya berjemaah di masjid terutamanya solat Subuh

2.     Al-Quran : Letakkan satu target dalam satu hari di mana kita akan cuba menyempurnakannya tidak kira di mana atau bila

3.      Zikir : Lazimi zikir yang mana kita akan membacanya setiap hari, ma’thurat juga boleh dijadikan amalan

4.      Puasa : Cubalah sedaya upaya berpuasa sekurang-kurangnya 3 kali sebulan atau setiap Isnin-Khamis

5.      Qiamullail : INILAH SENJATA KITA YANG PALING AMPUH,berusahalah bangun malam sekurang-kurangnya seminggu sekali          

2 comments:

Ateey said...

bagus. gambar keretapi yg digunakan mempunyai combinasi yg sesuai dengan kiasan utk isi dan warna tulisan.

Unknown said...

mantap r irfan...

analogi yang best

jom kongsi analogi lagi...

sbb ana minat analogi