Tuesday, April 21, 2009

Kita kawan lagi kan??





Apabila usia makin menigkat,makin lama kita bersama seseorang, maka makin banyaklah medan-medan pertembungan terjadi,makin banyaklah perselisihan pendapat berlaku. Kadang kala perkara sebegini menggugat hubungan yang telah lama terjalin sebelum ini. Begitu asam garam dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam usia muda ini, seringkali kita menuruti perasaan sebelum menggunakan fikiran.

Pada zaman Nabi, walaupun dikelilingi oleh para sahabat yang agung dengan tarbiyah secara langsung dari tangan Nabi, pertembungan , persilisihan , terasa hati tetap berlaku. Ini hakikat manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

كل ابن آدم خطاءون وخير الخطائين التوابون

“Setiap anak adam itu melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat”(hadis)

Lihat kisah di mana Abou Zhar memanggil Bilal dengan gelaran ‘anak hitam’ menyebabkan Bilal terasa hati lalu mengadu kepada Nabi.

“Sesungguhnya pada engkau masih ada saki-baki jahiliyah”

Begitulah amaran nabi kepada Abou Zhar, lantas Abou Zhar menyedari kesilapannya , terus diletak kepalanya di tanah dan dan meminta Bilal memijaknya dan berazam tidak mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memaafkannya.

Wahai sahabat, jadikalah diri kita laksana lebah, yang tidak melihat kecuali benda baik, janganlah menjadi seperti lalat yang hanya melihat keburukan dan kejelekan pada diri orang lain.

Lupakanlah kesilapan dan  maafkanlah kesalahan manusia di sekitar kita, kerana amalan itu boleh membantu memasukkan diri kita ke dalam syurga.

Sepertimana yang disarankan seorang ulama’ tersohor, apabila sahabat kamu melakukan kesilapan atau kesalahan kepada kamu maka berikanlah 100 macam alasan untuknya sebelum kamu memarahinya.

“mungkin ibunya sakit”,”mungkin tension nak pereksa”,”mungkin kurang kasih sayang”

“mungkin dia belum paham”,”mungkin dia terasa hati dengan aku”,”mungkin dia nak sesuatu”

 

Jika kita memberi alasan sebegini,sudah pasti kemarahan kita akan lenyap, dan pasti kita mampu bersabar atas kesilapan yang dilakukan sahabat kita ini. Jadikan kita dikalangan mereka yang berkawan atas dasar taqwa melebihi dasar kenegerian,sama sekolah,sama hobi atau sama kelas.

الأخلآء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين

“:Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”(zukhruf:67)