Friday, October 3, 2008

Bagaimana selepas Ramadhan


Apa selepas ramadhan?

Allahu akbar,allahu akbar,allahu akbar ,wa lillahilhamd

Alhamdulillah,kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini,semoga setiap amalan kita diterima allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti.Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menajalani bulan ramadhan.

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له

Rugi dan celakalah sesiapa yang dilalui Ramadhan tanpa diampuni dosanya”

Ramadhan meninggalkan kita tanpa ada jaminan adakah kita akan bertemu ramadhan pada tahun hadapan,Para solafus soleh dahulu menangisi pemergian ramadhan dan selalu memperbanyakkan doa supaya diketemukan semula dengan ramadhan

اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

Persoalannya bagaimana kita menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Hadirnya Ramadhan sebagai madrasah,mendidik jiwa agar lebih bertaqwa, menekan gelojak nafsu agar tidak bermaharajalela, melatih diri melazimi tilawah al-quran dan memotivasikan semangat mencari redha Allah.

Kita dapat lihat di kala Ramadhan tiba, manusia berduyun-duyun memenuhi masjid, beriktikaf, bertilawah, bertarawikh, bertahajjud dan seribu macam lagi kebaikan. Semuanya berebut-rebut mendapatkan peluang di dalam bulan Ramadhan. Namun selepas perginya Ramadhan , hilangnya ruh kebaikan bersamanya. Ini bukanlah apa sebenarnya yang diingini dari madrasah ramadhan.

Rabbani Laisa Ramadhani

Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat ramadhani.Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala, insan yang menjadikan ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan.

Segalanya kembali kepada niat di awal ramadhan dulu, jika niat yang bersih mengharapkan redha ilahi insyallah , rasa taqwa itu akan berterusan walaupun ramadhan itu sudah pergi.

Eidul Fitri yang bermakna

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَام لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ

Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melaksanakan qiyamullail pada dua malam Ied (Idul Fitri dan Adha), dengan ikhlas karena Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. (HR. Ibnu Majah).

Eidul Fitri, atau hari raya merupakan satu hari yang amat bermakna dalam hidup seorang muslim kerana hari ini telah menggantikan segala jenis perayaan pada zaman jahiliyyah dulu

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Iedul Adha dan Iedul Fitri.’ (HR. Nasa’i)

Fitrah bermakna sediakala atau boleh juga ditafsirkan sebagai suci.Begitulah pada hari lebaran ini, kita patut menyambutnya suci dari segala noda-noda jahiliyyah. Mengikut cara yang diajar nabi dan melaksanakan sunat-sunat hari raya seperti bertakbir,bersolat sunat raya, menziarahi taulan , berhibur dan bergembira tetapi dengan mematuhi batas dan adabnya.

Hari raya sepatutnya disambut dengan menghidupkan hubungan ukhuwwah sesama kita, mungkin dalam bulan ramadhan kita kurang bertegur sapa lantaran khusyuknya di dalam masjid, atau mungkin dahulu kita bermusuh-musuhan dan ada rasa tidak puas hati,maka pada hari raya inilah kita mengambil kesempatan bermaaf-maafan dan mempertautankan ukhuwwah.

Jadi bersamalah kita menghidupkan hari raya kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari bulan Ramadhan yang lalu

3 comments:

Ateey said...

karangan ni boleh dpt A1 ni. keep up the good work.

Hadi Mahdi Muhtadi said...

salam. pa habaq sana?...mana chat box nya. tak la sebijik. ..boh skit taujih2 rabbani dlm blog ni..pendek2 sude..ok arios.

Peter said...

thanks for using my photo .. without crediting it ...