Friday, December 26, 2008

Muji ke Muja?


“minin?(dari mana)….Malaysia…..ahsan nas(orang yang paling baik)…”puji seorang arab kepada seorang pelajar Malaysia

“a very good question from our friend here,”kata Dr. Somayyah

“what an excellent student you are,”kata Dr Soheir pula

“mantap,post anta memang bagus,ana tabik anta,”tulis seorang akh dalam shout box sahabatnya

“ini jamuan untuk orang-orang mumtaz jer,anta datang skali taw,”kata seorang pengarah program kepada kawannya

“anta nie memang baik la, kalau ana ader adek pompuan ana bagi dah kat anta masalahnya ana adek beradik semua laki,”seloroh seorang senior kepada juniornya

Tidak dinafikan kita mesti pernah berada dalam situasi di mana kita diberikan pujian dihadapan khalayak ramai ataupun secara berdepan. Sepatutnya perkara ini tidak menjadi masalah, si pemuji habis dengan kata-kata pujiannya ,yang dipuji pula pulang dengan tidak ada memudharatkan sesiapa pun…….tamat cerita.

Mungkin ramai yang tidak sedar , kadang-kadang(selalunya) akan  ada lintasan di hati rasa seolah-olah bangga dan seronok dengan diri sendiri tanpa menghina atau memberi kesan kepada orang lain. Itulah yang lebih ditakuti kerana apa yang dilakukan itu tersorok , tidak ketahui tapi ada azab yang menanti di akhirat.Itulah yang dinamakan ‘ujub. Jika rasa bangga diri kita mengesani orang lain maka ia adalah ghurur dan jika sampai ke peringkat kita menghina orang lain maka itu adalah takabbur.

Nabi pernah bersabda apabila seorang sahabat memuji sahabatnya yang lain,

ويحك, قطعت عنق صاحبك قطعت عنق صاحبك

"Celakalah kamu, kamu telah potong leher(berkali-kali diulang)" riwayat bukhari

Satu hari pembantu Imam syakrawi mendapatinya sedang membasuh tandas lantas bertanya, “apa yang sheikh sedang buat?  Biarkan orang lain sahaja yang buat benda ni,”

lalu Imam sya'rawi menjawab  

“semalam aku ada terlintas di hatiku rasa ‘ujub,maka hari ini aku membasuh tandas untuk ‘ilaj(ubati) hati aku,”

Penyelesaiannya di sini ada dua,antara kita memahamkan masyarakat seleruhnya mengenai adab-adab dalam memuji yang mana ia adalah agak mustahil dilakukan, atau keduanya kita menyiapkan  hati kita dalam menerima ujian dalam bentuk pujian,ingatilah asal kita yang hina dan kita tidak memiliki apapun, semuanya dari Allah dan kepada Allah kita kembali.Rabbuna ma’ak

Saturday, November 29, 2008

Pesanan Buat Mereka Yang Memegang Amanah


Pertama-tamanya tahniah diucapkan kepada setiap individu yang telah dilantik untuk memegang amanah tidak kira samada seorang presiden, AJK tinggi , exco atau hanya seorang ajk biasa. Jawatan yang disandang tidak lebih dari amanah yang dikurniakan Allah untuk menguji hambanya yang mana lebih baik amalnya. Bertambahnya amanah bermakna bertambahlah beban di atas pundak kita, makin sempit la masa kita untuk perkara-perkara lain.Semoga Allah mengurniakan antum dengan sebaik-baik kurniaan.

Satu perumapan yang sangat menarik untuk dikongsi mengenai orang yang menerima beban amanah ini, andaikan kita sebuah kepala keratapi yang menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga dan membawa gerabak-gerabak lain di belakang. Begitulah kaitannya dengan kita, arang batu itu umpama amalan ibadah lazim  kita dan gerabak di belakang itu umpama beban amanah dan tugasan yang kita pikul, makin banyak dan makin kuat arang batu dan tenaga yang dihasilkan melalui pembakarannya, makin laju keretapi bergerak walaupun banyak gerabak di belakang perlu ditarik.

Begitulah halnya dengan kita ,walaubagaimana sibuk kita dengan tanggungjawab yang ada, janganlah kita mengabaikan amalan lazim kita kerana kecacatan dalam menjaganya akan berakhir dengan kesesatan dan kebingungan  hinggalah timbul soalan “untuk apakah aku bersusah-susah memenatkan badan untuk orang lain??”

Saidiana Umar pernah berkata , aku ingin menjadi insan yang paling bertaqwa di kala mana aku adalah insan paling afdhal di kalangan manusia. Lihatlah Umar, memimpin empayar Islam yang meliputi kawasan yang luas dengan segala macam pembaharuan dilakukan  tapi dalam masa yang sama amalannya adalah yang paling baik di kalangan umat Muhammad. Hatta nabi sendiri memperakuinya melalui hadis yang berbunyi , “jika ada nabi selepas aku maka orang itu adalah Umar”

Kesimpulannya hubungan dengan Allah adalah yang paling penting , manakala jawatan dan tanggungjawab hanya alat dalam mencapai matlamat tersebut. Berikut sedikit muhasab yang boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai hubungan kita dengan Allah.

1.      Solat : Seboleh-bolehnya berjemaah di masjid terutamanya solat Subuh

2.     Al-Quran : Letakkan satu target dalam satu hari di mana kita akan cuba menyempurnakannya tidak kira di mana atau bila

3.      Zikir : Lazimi zikir yang mana kita akan membacanya setiap hari, ma’thurat juga boleh dijadikan amalan

4.      Puasa : Cubalah sedaya upaya berpuasa sekurang-kurangnya 3 kali sebulan atau setiap Isnin-Khamis

5.      Qiamullail : INILAH SENJATA KITA YANG PALING AMPUH,berusahalah bangun malam sekurang-kurangnya seminggu sekali          

Wednesday, November 12, 2008

Refreshment




Refreshment    

Apabila mata makin berat untuk membaca buku department, apabila hati tidak lagi tenang berada di rumah sendiri, apabila minat belajar sudah hilang dari dada,  apabila quran yang dibaca hanya bunyian-bunyian kosong, apabila solat hanya tinggal gerakan tanpa syu’uur(perasaan), apabila diri mula futur dari saf, apabila himmah makin rendah untuk dakwah, apabila tiada lagi keinginan mencari keredhaan-Nya…..

Maka ketika itu, aku perlukan sesuatu yang menyegarkan. Aku perlukan sesuatu untuk membangkitkan keimanan yang hampir layu. Aku perlukan amalan yang dapat menghidupkan semula hati yang telah mati. Aku perlukan satu detik kita berhenti sebentar dari arus dunia. Aku perlu mengundur ke belakang, mengimbas semula gerak langkah aku.

Seorang sahabat nabi pernah mengadu kepada Abu Bakar, merasa dirinya seumpama munafik  kerana apabila berada di dalam majlis bersama Nabi, Imannya melangit tinggi, apabila diceritakan mengenai syurga dia dapat merasai nikmatnya dan apabila digambarkan neraka, dia dapat merasai azabnya. Namun apabila pulang ke rumah, berjumpa isterinya dan bermain bersama anak-anaknya, hilang darinya segala perasaan bersama nabi sebentar tadi. Abu Bakar lantas menjawab, “jika engkau mampu untuk kekal imanmu ketika bersama nabi atau ketika tidak bersamanya, maka malaikat sendiri pun akan kagum dengan diri mu”

Memang benar skali, Iman itu bertambah dan berkurang. Itulah hakikat insan. Sahabat nabi  yang lain pula pernah berkata, “marilah duduk bersama, kita beriman (perbaharui iman) sebentar”. Apa yang kita kejar di dunia ini semuanya hanya bersifat sementara, jika kita memenatkan tubuh badan dengan mengejar kesenangan dan kenikmatan dunia maka ia amatlah rugi sekali, dan jika kita penat kerana bergerak dalam amal umum, maka perkara itu adalah amalan yang kering dan amat sukar sekali menghidupkan hati.

Pendekatan yang digunapakai nabi amat praktikal. Baginda memutuskan hubungan dengan dunia luar, mengosongkan fikiran dari kekusutan masyarakat, dan menumpukan seluruhnya kepada Kekasihnya. Mengadu akan kesilapan yang lalu dan memuhasabah segala amalannya.Itulah yang dinamakan uzlah……Adakalanya diri kita memerlukan ‘UZLAH sebagai refreshment kepada diri yang makin layu..wallahu'alam

Friday, October 3, 2008

Bagaimana selepas Ramadhan


Apa selepas ramadhan?

Allahu akbar,allahu akbar,allahu akbar ,wa lillahilhamd

Alhamdulillah,kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini,semoga setiap amalan kita diterima allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti.Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menajalani bulan ramadhan.

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له

Rugi dan celakalah sesiapa yang dilalui Ramadhan tanpa diampuni dosanya”

Ramadhan meninggalkan kita tanpa ada jaminan adakah kita akan bertemu ramadhan pada tahun hadapan,Para solafus soleh dahulu menangisi pemergian ramadhan dan selalu memperbanyakkan doa supaya diketemukan semula dengan ramadhan

اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ وَرَمَضَانَ وَرَمَضَانَ

Persoalannya bagaimana kita menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Hadirnya Ramadhan sebagai madrasah,mendidik jiwa agar lebih bertaqwa, menekan gelojak nafsu agar tidak bermaharajalela, melatih diri melazimi tilawah al-quran dan memotivasikan semangat mencari redha Allah.

Kita dapat lihat di kala Ramadhan tiba, manusia berduyun-duyun memenuhi masjid, beriktikaf, bertilawah, bertarawikh, bertahajjud dan seribu macam lagi kebaikan. Semuanya berebut-rebut mendapatkan peluang di dalam bulan Ramadhan. Namun selepas perginya Ramadhan , hilangnya ruh kebaikan bersamanya. Ini bukanlah apa sebenarnya yang diingini dari madrasah ramadhan.

Rabbani Laisa Ramadhani

Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat ramadhani.Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala, insan yang menjadikan ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan.

Segalanya kembali kepada niat di awal ramadhan dulu, jika niat yang bersih mengharapkan redha ilahi insyallah , rasa taqwa itu akan berterusan walaupun ramadhan itu sudah pergi.

Eidul Fitri yang bermakna

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَام لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ

Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melaksanakan qiyamullail pada dua malam Ied (Idul Fitri dan Adha), dengan ikhlas karena Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. (HR. Ibnu Majah).

Eidul Fitri, atau hari raya merupakan satu hari yang amat bermakna dalam hidup seorang muslim kerana hari ini telah menggantikan segala jenis perayaan pada zaman jahiliyyah dulu

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Iedul Adha dan Iedul Fitri.’ (HR. Nasa’i)

Fitrah bermakna sediakala atau boleh juga ditafsirkan sebagai suci.Begitulah pada hari lebaran ini, kita patut menyambutnya suci dari segala noda-noda jahiliyyah. Mengikut cara yang diajar nabi dan melaksanakan sunat-sunat hari raya seperti bertakbir,bersolat sunat raya, menziarahi taulan , berhibur dan bergembira tetapi dengan mematuhi batas dan adabnya.

Hari raya sepatutnya disambut dengan menghidupkan hubungan ukhuwwah sesama kita, mungkin dalam bulan ramadhan kita kurang bertegur sapa lantaran khusyuknya di dalam masjid, atau mungkin dahulu kita bermusuh-musuhan dan ada rasa tidak puas hati,maka pada hari raya inilah kita mengambil kesempatan bermaaf-maafan dan mempertautankan ukhuwwah.

Jadi bersamalah kita menghidupkan hari raya kali ini dengan penuh rasa taqwa hasil dari bulan Ramadhan yang lalu

Saturday, September 20, 2008

Ramadhan di Bumi Kinanah


Alhamdulillah,rancangan menyambut ramadhan di Bumi Kinanah terlaksana bairpun terlewat 10 hari. Apa yang menjadi daya penolak hasrat itu adalah kerana ruh ramadhan yang lebih dirasai di Mesir berbanding di Malaysia.Hatta sewaktu tibanya ramadhan,masyarakat menyambutnya seolah ia satu perayaan.Rumah-rumah dihiasi bagi mewujudkan semangat dan suasana Ramadhan itu sendiri dan apabila berjumpa sesama mereka, apa yang diucapkan adalah Ramadah Kareem dan dibalas Allahu Akram


Di Mesir,subuhnya awal dan waktu bermula kerja lewat lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan,jadi ini memberi ruang untuk masyarakat berada di masjid-masjid untuk berzikir,membaca al-Quran dan bersolat sehinggalah terbit matahari.Kerana Nabi pernah bersabda;
"Barang siapa yang bersembahyang subuh di masjid dan selepas itu dia berzikir sehingga terbit matahari, maka baginya pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna,sempurna,sempurna"


membaca al-Quran di dalam Metro(keretapi)

Di sepanjang harinya,suasana orang membaca al-Quran boleh dilihat di mana-mana,dari masyarakat biasa di dalam keretapi atau bas hingga ke polis ketika berkawal di pos kawalan.Pendek kata di mana-mana pun ada sahaja yang insan yang membaca Quran dan bukan setakat di dalam masjid.
Seorang ulama pernah berkata;
"Ramadhan dan al-Quran adalah dua sahabat baik yang sentiasa berkasih-sayang"


maidatu ar-rahman

Ketika waktu berbuka menghampiri,kita dapat melihat banyaknya Maidatu Rahman yang menyediakan hidangan berbuka bagi mereka yang tidak berkemampuan.Maidatu Rahman ini ditaja oleh mereka-mereka yang kaya di sekitar mesir. Bagi golongan yang sederhana,mereka juga tidak melepaskan peluang mendapat pahala tambahan.Mereka akan tunggu di jalan-jalan utama dan memberikan bungkusan berisi kurma kepada pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut.Nabi pernah mengatakan bahawa mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun dengan sebiji atau setengah biji tamar maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.


tarawikh di Masjid Amru Al-As(masjid pertama dibina di mesir)

Menjelang waktu solat tarawikh,seperti biasa masjid-masjid akan dipenuhi manusia.Apa yang berbeza di mesir ialah umat Islam di sini lebih gemar ke masjid-masjid yang diimami imam yang sedap serta panjang bacaannya.Boleh dikatakan lebih panjang dan sedap bacaan seseorang imam itu , lebih ramailah orang di masjid itu.Mereka menikmati bacaan imam hatta menangis apabila dibacakan ayat mengenai azab.


kehangatan mentari tidak menghalang tanggungjawab harian

Di 10 akhir ramadhan, ramai orang yang beriktikaf di masjid. Lebih kurang jam 11 malam lampu-lampu akan di padamkan, dan menjelang jam 2 pagi lampu dinyalakan dan mereka akan bersolat tahajjud berjemaah.Ketika itulah dapat didengari tangisan keinsafan dan mereka dengan hati yang mengharapkan keampunan dari ilahi.

Apa yang mahu disimpulkan di sini bahawa Ramadha itu satu peluang,maka jangan biarkan ia pergi begitu sahaja tanpa mendapat manfaat darinya
Sabda nabi;
"Rugilah mereka yang didatangi Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya"-wallahu a'lam

Tuesday, September 9, 2008

Sana blogging..sini blogging


Salam perkenalan dan salam perbukaan,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana nikmat Iman dan Islam yang sehingga ke saat ini masih dapat dinikmati.Dan tidaklah kita berada dalam lingkungan hidayah ini jika bukan kerana Allah yang mengurniakannya. Dan orang-orang yang bersungguh untuk-Nya akan diberi Hidayah dari-Nya.

Setelah lama impian terbuku di hati melihat sahabat-sahabat seperjuangan,adik-adik,abang-abang,ustaz-ustaz,doktor-doktor semuanya memiliki blog sendiri,
diri ini turut memendam rasa,namun acap kali kesibukan menahan hasrat di hati.

Bukan tidak mahu,tapi ingin niat memiliki blog ini benar-benar jelas dan terancang.
Kerana ramai orang mampu menulis blog,namun sedikit yang mampu menulis dengan impak yang besar.

Medan penyebaran fikiran itu luas,dan ini adalah satu daripadanya.

Moga niat ini jelas dan amal ini diterima.

Allahumma thabbitna 'ala haza deen