Wednesday, September 30, 2009

Dunia Dah Berubah


Dalam dua tiga hari lagi kuliah akan bermula, Alhamdulillah tahun ni dapat naik tahun 4.

Jika dulu kuliahnya banyak ‘lecture’, sekarang ni kurang sedikit. Pembelajaran akan lebih kepada ‘clinical round’.

Jika dulu kene dengar lecture 3 -4jam sampai kebas punggung, sekarang ni dah tak payah dah.

Jika dulu rumah hanya sekitar kuliah, boleh keluar rumah lambat-lambat skit, sekarang ni kene gerak awal memandangkan rumah jauh dari kuliah.

Jika dulu perlu urus hidup seorang diri, sekarang ni dah kene fikir untuk orang lain sekali.

Jika dulu boleh gurau-gurau dengan member,sekarang ni dah kene kurangkan dah.

Jika dulu pegi kuliah jumpa ramai budak lelaki, sekarang ni dah kurang bilanganya, ada yang dah tak der, ada yg tak dapat datang lagi, ada yang dah berubah, ada yg tak dapat belajar sekali.

Jika dulu ade kawan yang boleh sembang-sembang dakwah,ummah,fikrah,sekarang ni kawan tu dah takder dah.

Jika dulu kalau tak paham kuliah ,boleh pegi tanya member,sekarang ni member tu tak taw nak datang balik ke tak.

Jika dulu rasa belajar lama lagi, sekarang ni dah separuh jalan habis, tinggal lagi separuh je.

Jika dulu rasa kita ni budak lagi,junior lagi, sekarang ni kita la senior,segala tingkah laku orang tengok.

Jika dulu buat kerja senyap-senyap,orang tak bising, sekarang ni ,asal buat satu benda je macam-macam la bunyi yang keluarnya.

Jika dulu rasa dakwah ni mudah ,sekarang ni baru la tahu camne sebenarnyer jalan ni.

Jika dulu nak perkenalkan ‘diri’ ni sapa pun malu, takut, sekarang ni dah tak kesah dah,anytime boleh mengaku.

Jika dulu tak kesah apa yang berlaku,sekarang ni baru tahu, DUNIA DAH BERUBAH

8 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, nampaknya saudara Irfan dah berubah...hehe...terus maju akhi, dalam ilmu, iman dan dakwah...Moga terus thabat atas jalan ini..Ameen.

ibnuhasan said...

alhamdulillah..syukur..irfan sudah berubah..
*takde la yg tag team dgn aman lg..*
hehe...

Hazim Azhar said...

kalau dulu ade orang wat lawak sampai sakit perut, tapi skarang mungkin dah berkurangan.

kalau dulu ada orang selalu lawat ana ke rumah, borak-borak selalu, tapi sekarang dah tak ada.

Tapi semua tu ana tak kisah, kerana itu lumrah kehidupan. Segalanya berubah kepada yang lebih baik dan matang. Dunia ini pasti berubah.

Mungkin ana juga akan 'berubah' tak lama lagi,insyaallah.

-uhibbuka fillah-

Kejernihanku said...

Salam..wah irfan semakin matang nampaknya pemikiranmu..

InsyAllah manusia semuanya akan mengalami perubahan..

Semoga ikatan ukhwah kekal selamanya

Salam sayang dari jauh

Saufi
UK

Ateey said...

hahah!

kelakar lah entri ni.

Thaaqhib Mohammed said...

irfan yang sama

Abdullah Xuais said...

Dunia dah berubah tapi keadaan blog masih tak berubah (sebab post tak bertambah)........

islahmujahidin said...

salam ziarah..
Irfan dah xnak ziarah alex