Thursday, July 2, 2009

So...aper plan cuti??



والعصر ان الانسان لفى خسر الا الذين امنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

lama sungguh tidak digerakkan jari-jari ini,menaip artikel-artikel,lama sungguh blog ni tak dibelek,sampai penuh shout box dgn message spam...tapi alhamdulillah,Allah beri ruang untuk menulis kali ini

Cuti musim panas baru bermula, maka bertebaranlah mahasiswa perlembahan nil ini di atas muka bumi, ada yang pulang ke Malaysia untuk berjumpa keluarga, untuk berkahwin dan ada juga untuk memperbaharui passport, ada yang ke benua Eropah berjalan melihat ketamadunan yang memegang tampuk pemerintahan dunia, ada juga yang ke tanah suci Mekah, menjadi tetamu Allah untuk melengkapkan kedardhuan diri yang kelima , dan ada yang sekadar tinggal di mesir mecari permata yang tak sempat dikutip sepanjang tempoh kuliah yang padat dan memenatkan....

Apa pun perancangan kita ....sedarlah bahawa kita sentiasa dalam kerugian..kerugian yang teramat sangat

Cukup suku dari surah yang mempunyai persamaaan dengan satu pertiga quran ini membuktikannya.....Jika kita tidak tergolong dalam golongan yang menyampaikan nasihat, maka kita dalam kerugian.

Menyampaikan nasihat, asas dalam method dakwah merupakan pengecualian bagi kita dari mereka yang akan menyesal di akhirah kelak, kita tidak perlu menjadi seorang ulama terkemuka, kita tidak perlu menjadi pelajar Al-Azhar , kita tidak perlu bertalaqi semua kitab-kitab agama, kita tidak perlu untuk menjadi naqib smart circle...hanya untuk diri kita ini menyampaikan nasihat...nasihat dan wasiat dalam kebenaran dan kesabaran....

Sampaikanlah apa sahaja ilmu yang kita perolehi sepanjang keberadaan di bumi barakah ini.

Ingat, kita tiada dalam planning kita untuk menyampaikan nasihat dalam cuti musim panas ini, kita mungkin berada dalam golongan yang RUGI-wallahu'alam

2 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

Salam...
semua da start cuti... kami di Alex ni je yg exam baru je start...

"dan ada yang sekadar tinggal di mesir mecari permata yang tak sempat dikutip sepanjang tempoh kuliah yang padat dan memenatkan...."

that sounds like me... iA... Allah akan permudahkan...
so what 'are' your plans for this sumer holiday?

Thaaqhib Mohammed said...

ada org cuba kejar jadi manusia berBMI ideal..diwaktu cuti ini

beliau juga rugi.

jadi, pasal BMI anda..toksah risau.. kalau berlebih..itu kelebihan.

kalau berkurang.. itu tanda kuat berpuasa