Monday, July 11, 2011

اللهم بلغنا رمضان

Ar-Rasul Mustafa mengajar kita bagaimana sebelum kedatangan ramadhan, kita seharusnya memperbanyakan doa . Antara yang diajar nabi adalah " اللهم بلغنا رمضان" yang mana membawa maksud kita memohon supaya Allah mengekalkan kita hidup dan mendatangkan bulan Ramadhan yang mulia kepada kita untuk dilalui.



Sabda Nabi " إنما الاعمال بالنيات ولكل امرئ ما نوى" , maka barangsiapa yang berniat untuk berpuasa pada Ramadhan yang akan datang, untuk mendirikan qiamullail di malam harinya, untuk beri'tikaf dan menghidupkan lailatul qadar, dan untuk mengutip segala kebaikan yang datang bersama dengan bulan Ramadhan....maka insyallah dia akan mendapat ganjaran daripadanya walaupun tidak sempat melalui Ramadhan, iaitu dia dimatikan sebelum Ramadhan. ( الاعمال بالنيات)



Muslim yang sejati sentiasa mencari kebaikan, seperti mana sabda Nabi "من تحرى الخير يعطه" , barangsiapa yang mencari kebaikan , maka dia akan dikurniakan kebaikan . Nabi juga mengajar kita bila mana melihat anak bulan di malam akhir syaaban untuk berdoa


" اللهم أهله علينا بالأمن والإيمان والسلامة والإسلام...ربيوربك الله"


Jadi mengikut sunnah yang sebetulnya ketika mana melihat anak bulan nanti bukannya dengan mendendangkan lagu-lagu Ramadhan apatah lagi lagu-lagu raya, walaupun tidaklah salah, namun untuk menjadi umat Muhammad yang sebenar, perlulah kita menapak di atas jejak langkah nabi " اللهم أهله بالأمن والإيمان".









No comments: