Wednesday, September 30, 2009

Dunia Dah Berubah


Dalam dua tiga hari lagi kuliah akan bermula, Alhamdulillah tahun ni dapat naik tahun 4.

Jika dulu kuliahnya banyak ‘lecture’, sekarang ni kurang sedikit. Pembelajaran akan lebih kepada ‘clinical round’.

Jika dulu kene dengar lecture 3 -4jam sampai kebas punggung, sekarang ni dah tak payah dah.

Jika dulu rumah hanya sekitar kuliah, boleh keluar rumah lambat-lambat skit, sekarang ni kene gerak awal memandangkan rumah jauh dari kuliah.

Jika dulu perlu urus hidup seorang diri, sekarang ni dah kene fikir untuk orang lain sekali.

Jika dulu boleh gurau-gurau dengan member,sekarang ni dah kene kurangkan dah.

Jika dulu pegi kuliah jumpa ramai budak lelaki, sekarang ni dah kurang bilanganya, ada yang dah tak der, ada yg tak dapat datang lagi, ada yang dah berubah, ada yg tak dapat belajar sekali.

Jika dulu ade kawan yang boleh sembang-sembang dakwah,ummah,fikrah,sekarang ni kawan tu dah takder dah.

Jika dulu kalau tak paham kuliah ,boleh pegi tanya member,sekarang ni member tu tak taw nak datang balik ke tak.

Jika dulu rasa belajar lama lagi, sekarang ni dah separuh jalan habis, tinggal lagi separuh je.

Jika dulu rasa kita ni budak lagi,junior lagi, sekarang ni kita la senior,segala tingkah laku orang tengok.

Jika dulu buat kerja senyap-senyap,orang tak bising, sekarang ni ,asal buat satu benda je macam-macam la bunyi yang keluarnya.

Jika dulu rasa dakwah ni mudah ,sekarang ni baru la tahu camne sebenarnyer jalan ni.

Jika dulu nak perkenalkan ‘diri’ ni sapa pun malu, takut, sekarang ni dah tak kesah dah,anytime boleh mengaku.

Jika dulu tak kesah apa yang berlaku,sekarang ni baru tahu, DUNIA DAH BERUBAH

Thursday, July 2, 2009

So...aper plan cuti??



والعصر ان الانسان لفى خسر الا الذين امنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

lama sungguh tidak digerakkan jari-jari ini,menaip artikel-artikel,lama sungguh blog ni tak dibelek,sampai penuh shout box dgn message spam...tapi alhamdulillah,Allah beri ruang untuk menulis kali ini

Cuti musim panas baru bermula, maka bertebaranlah mahasiswa perlembahan nil ini di atas muka bumi, ada yang pulang ke Malaysia untuk berjumpa keluarga, untuk berkahwin dan ada juga untuk memperbaharui passport, ada yang ke benua Eropah berjalan melihat ketamadunan yang memegang tampuk pemerintahan dunia, ada juga yang ke tanah suci Mekah, menjadi tetamu Allah untuk melengkapkan kedardhuan diri yang kelima , dan ada yang sekadar tinggal di mesir mecari permata yang tak sempat dikutip sepanjang tempoh kuliah yang padat dan memenatkan....

Apa pun perancangan kita ....sedarlah bahawa kita sentiasa dalam kerugian..kerugian yang teramat sangat

Cukup suku dari surah yang mempunyai persamaaan dengan satu pertiga quran ini membuktikannya.....Jika kita tidak tergolong dalam golongan yang menyampaikan nasihat, maka kita dalam kerugian.

Menyampaikan nasihat, asas dalam method dakwah merupakan pengecualian bagi kita dari mereka yang akan menyesal di akhirah kelak, kita tidak perlu menjadi seorang ulama terkemuka, kita tidak perlu menjadi pelajar Al-Azhar , kita tidak perlu bertalaqi semua kitab-kitab agama, kita tidak perlu untuk menjadi naqib smart circle...hanya untuk diri kita ini menyampaikan nasihat...nasihat dan wasiat dalam kebenaran dan kesabaran....

Sampaikanlah apa sahaja ilmu yang kita perolehi sepanjang keberadaan di bumi barakah ini.

Ingat, kita tiada dalam planning kita untuk menyampaikan nasihat dalam cuti musim panas ini, kita mungkin berada dalam golongan yang RUGI-wallahu'alam

Tuesday, April 21, 2009

Kita kawan lagi kan??





Apabila usia makin menigkat,makin lama kita bersama seseorang, maka makin banyaklah medan-medan pertembungan terjadi,makin banyaklah perselisihan pendapat berlaku. Kadang kala perkara sebegini menggugat hubungan yang telah lama terjalin sebelum ini. Begitu asam garam dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam usia muda ini, seringkali kita menuruti perasaan sebelum menggunakan fikiran.

Pada zaman Nabi, walaupun dikelilingi oleh para sahabat yang agung dengan tarbiyah secara langsung dari tangan Nabi, pertembungan , persilisihan , terasa hati tetap berlaku. Ini hakikat manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

كل ابن آدم خطاءون وخير الخطائين التوابون

“Setiap anak adam itu melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat”(hadis)

Lihat kisah di mana Abou Zhar memanggil Bilal dengan gelaran ‘anak hitam’ menyebabkan Bilal terasa hati lalu mengadu kepada Nabi.

“Sesungguhnya pada engkau masih ada saki-baki jahiliyah”

Begitulah amaran nabi kepada Abou Zhar, lantas Abou Zhar menyedari kesilapannya , terus diletak kepalanya di tanah dan dan meminta Bilal memijaknya dan berazam tidak mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memaafkannya.

Wahai sahabat, jadikalah diri kita laksana lebah, yang tidak melihat kecuali benda baik, janganlah menjadi seperti lalat yang hanya melihat keburukan dan kejelekan pada diri orang lain.

Lupakanlah kesilapan dan  maafkanlah kesalahan manusia di sekitar kita, kerana amalan itu boleh membantu memasukkan diri kita ke dalam syurga.

Sepertimana yang disarankan seorang ulama’ tersohor, apabila sahabat kamu melakukan kesilapan atau kesalahan kepada kamu maka berikanlah 100 macam alasan untuknya sebelum kamu memarahinya.

“mungkin ibunya sakit”,”mungkin tension nak pereksa”,”mungkin kurang kasih sayang”

“mungkin dia belum paham”,”mungkin dia terasa hati dengan aku”,”mungkin dia nak sesuatu”

 

Jika kita memberi alasan sebegini,sudah pasti kemarahan kita akan lenyap, dan pasti kita mampu bersabar atas kesilapan yang dilakukan sahabat kita ini. Jadikan kita dikalangan mereka yang berkawan atas dasar taqwa melebihi dasar kenegerian,sama sekolah,sama hobi atau sama kelas.

الأخلآء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين

“:Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”(zukhruf:67)

Friday, March 6, 2009

Sampaikan الا البلاغ


قل بفضل الله وبرحمته فبذالك فليفرحوا هوخير مما يجمعون

Bergembiralah dengan kedatangan bulan ini, bulan memperingati kelahiran peribadi agung yang pernah melangkahkan kakinya yang mulia di muka bumi ini. Peribadi yang siang malamnya sentiasa memikirkan mengenai perkembangan dakwahnya,sentiasa memikirkan nasib umatnya, sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur.

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة

Sesungguhnya terdapat pada Rasul yang kita cintai segala contoh teladan , contoh teladan yang sempurna lagi menyeluruh yang tidak terdapat pada mana-mana individu lain , tidak kira sebagai orang kaya atau miskin,tua atau muda,suami atau sahabat,hakim atau yang dihakimi , arab atau bukan arab, sihat atau sakit . Segala contoh itu terdapat pada peribadi agung nabi yang mampu untuk kita contohi.

Thiqoh(percaya) kepada nabi melangkaui sesiapa sahaja di dunia ini.

كل احد يأخذ ويترك الا المعصوم صلى الله عليه وسلم

(semua pandangan boleh diambil dan ditolak kecuali dari nabi)

Hinggakan ke peringkat kita disuruh menyampaikan apa sahaja yang kita terima dari Nabi.

بلغوا عني ولو اية

Maka pada bulan yang bermakna ini,marilah kita meneruskan sunnah nabi yang terbesar…iaitu menyampaikan….menyampaikan dakwah . Jangan sekali-kali kita meletakkan tanggungjawab tersebut hanya pada orang-orang tertentu tanpa melakukan apa yang terdaya. Jika benar kita mencintai Nabi,apakah akan kita jawab bila bertemu dengan baginda nanti,apabila ditanya apakah yang telah kita sampaikan dari nabi? maka pada ketika itu mampukah kita untuk melakarkan senyuman munafiq kita??

ان كنتم تحبون الله فاتبعونى

Jika benar kita cintakan Allah , sudahkah kita mengikuti cara hidup kekasih Allah secara keseluruhannya?? Atau kita merasa cara hidup kita dengan cara hidup nabi umpama langit dengan bumi??

Bagi mereka yang telah berusaha menjadi umat Muhammad yang sejati,khabar gembira buat kamu..

يوم ندعو كل اناس بإمامهم

(Hari diseru kepada setiap manusia bersama-sama imam mereka)

Bergembiralah,kerana kamu akan masuk ke syurga bersama-sama nabi melalui pintu umat Muhammad.

Maka bermula saat ini,berusahalah mewujudkan rasa cinta kepada nabi.wallahu ‘alam

Saturday, February 7, 2009

Inilah Jalannya هذا هو الطريق


Peperangan antara hak dan batil di bumi Ghazzah baru-baru ini sungguh member pengajaran yang bernilai . Kejayaan dan kemenangan yang dirai HAMAS member satu bukti kuat betapa pentingnya proses pembentukan individu-individu muslim yang memahami perjuangan cara Nabi sebelum menegakkan negara Islam.

Jika diteliti sejarah HAMAS, ia ditubuhkan pada tahun 1987, namun proses ke arah pembentukan itu bermula jauh lebih awal sekitar 20 tahun sebelumnya. Penggerak-penggerak awal menbentuk satu generasi asas yang akan membawa risalah yang mereka imani sebagai jalan perjuangan mereka. Di saat gerakan lain sudahpun mengangkat senjata melawan musuh mereka masih lagi meneruskan proses pembentukan(tarbiyah). Peringkat-peringkat yang bermula dari individu muslim,keluarga muslim dan masyarakat muslim sebelum mereka berjaya dalam pilihanraya pada 2006 dan membentuk kerajaan. Apa yang menariknya ialah apabila mereka berjaya memasyarakatkan perjuangan dan cara mereka, masyarakat yang rata-ratanya bukanlah HAMAS tetapi mengiman bahawa HAMAS lah  golongan yang benar-benar menjadi pejuang kebebasan mereka.

Apa yang dimaklumkan Israel mengenai serangan mereka ke atas jalur ghazzah hanyalah pembohongan semata-mata demi memindahkan fokus dunia dari isu sebenar. Roket-roket yang dilancar briged Al-Qossam sayap militer HAMAS tidak mengakibatkan kerosakan dan kematian yang teruk di pihak Israel jika dibandingkan dengan apa yang telah Israel lakukan.

Apa yang sebenar ingin dihapuskan adalah tetapnya perlawanan dan perjuangan rakyat palestin khususnya di jalur Ghazzah. Bagaikan bagaimana mereka tetap bersabar sekalipun diadakan sekatan eletrik,minyak,air,makanan dan ubatan lebih setahun.Satu bangsa yang tidak dibentuk dan dilatih tidak mungkin mampu bertahan selama itu dengan kekurangan dan kesukaran hidup yang begitu dahsyat. Ia merupakan satu gambaran jelas bagaimana dugaan yang dihadapi pada zaman nabi di saat boikot umum di jalankan ke atas Bani Haysim.

Matlamat lain zionis adalah untuk mengalihkan pandangan dunia  dari isu sebenar di tanah Palestin iaitu isu Masjid Al-Aqsa, Israel tidak pernah melupakan objektif mereka menjadikan Al-Quds sebagai pusat pemerintahan mereka tambahan proses-proses ke arah  pembinaan Haykal Sulaiman sudahpun berjalan berjalan

Apa yang diharapkan dengan serangan dahsyat ke atas Ghazzah adalah untuk menghapuskan isu palestin itu sendiri. Jika mereka berjaya menghapuskan HAMAS sebagai nadi perjuangan rakyat Palestin maka yang tinggal hanyalah boneka mereka yang menguasai Tebing Barat dan sanggup mengikuti segala arahan dari Zionis.Lihat betapa rakusnya Israel mengebom semua pejabat-pejabat HAMAS pada hari pertama operasi Cast Lead .Begitu jelas sekali kebencian mereka pada HAMAS.

Namun apa yang paling penting ketika ini, selain kita meneruskan bantuan-bantuan kepada Ghazzah, kita perlu  sedar bahawa inilah jalan yang telah di lalui nabi dan para sahabat,solafus soleh, dan juga kini oleh HAMAS. Inilah jalan dakwah. Kepada semua, ingatlah kafilah dakwah ini akan terus berjalan, jika kita tidak bersama mereka maka kita akan tertinggal dan bersama golongan yang terus dibuai mimpi dan bila di hadapan Allah nanti ,bila ditanya apakah yang telah kira lakukan untuk meninggikan kalimah Allah ? kita tidak ada lagi alasan untuk diberi .