Tuesday, November 23, 2010

Terasing


Ketika mana seseorang itu mendalami dan memahami agamanya , serta beramal untuk pegangannya , maka lahirkan kesedaran yang tinggi yang akan terus menolaknya untuk bergerak tanpa henti . Agamanya lahir dari tutur-katanya , fahamannya jelas dari gerak-gerinya , fikrahnya terang dalam cara fikirnya dan dalam menilai sesuatu keadaan atau peristiwa .

Akan tetapi manusia di sekelilingnya masih lagi lemas dalam lautan kejahilan , masih keliru erti kehidupan , mencari mana hak mana batil , namun kehidupan masih diteruskan , lalu jadilah mereka seperti haiwan ternakan yang keluar dari kandangnya meragut di padang-padang demi mengisi kehendak perutnya , lalu apabila matahari kian menghilang dan ruang perut telah penuh , maka pulanglah ia ke kandangnya semula .

Pada tiap kali perbualan daie dan manusia sekelilingnya berlaku , seolah mereka berada di dua lembah yang berbeza , cuba memekik dan menjerit namun masalahnya bukan pada suara yang tidak didengari , tapi pada bahasa yang tidak difahami , bukan pada istilah yang memeningkan tapi pada kefahaman yang terasing .

Namun terasing bukan bermakna terpenjara , tapi merdeka , berjaya keluar dari kepompong kejahilan , menuju cahaya kefahaman . Akhirnya dia sedar , tiada lagi ruang untuknya menoleh kiri dan kanan , manusia sekiling itu barang kali hujjah ke atasnya kelak , lalu yang perlu baginya sekadar balagh (بلاغ) pada semudah bahasa . Maka benarlah sabda nabi(طوبى للغرباء)

Thursday, September 30, 2010

Tiada kata yang dapat diungkapkan

selamat datang ke dunia wahai si comel
bersedialah menghadapi
kehidupan yang penuh ujian



Kehidupan yang mencari siapakah
terbaik amalannya

kehidupan menyediakan persiapan ,
bagi menghadapi sebarang kemungkinan
di hari yang penuh perhitungan


dan berjalanlah di jalan yang pernah dilalui para anbiya'
dan solihin..
jalan yang menuju kebahagiaan
ulfah binti muhammad irfan
9.00 am
markaz tibbi rabiatul adawiyah
rab'ah , madinah nasr,mesir
3.3 kilo



Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Terakhir??


Kebanyakkan dari kita biasanya akan mensia-siakan hari-hari awal dalam bulan Ramadhan .

Mengapakah ini terjadi??

Ini adalah kerana kita tidak membuat persediaan dengan sebenar-benar persediaan , maka natijahnya , kita tidak menghayati nilai puasa itu sendiri , tidak dapat menikmati kemanisan membaca dan mentadabbur kalam Allah , tidak dapat merasa khusyuk dalam solat . Ketahuilah bahawa sesungguhnya hari-hari dalam bulan Ramadhan itu sangatlah bernilai , waktu-waktunya sangatlah teristimewa , maka bagi muslim yang faham dan muslimah yang sedar , tidak patut bagi mereka mensia-siakan waktu dan membiarkan awal bulan Ramadhan itu berlalu sahaja .

Pada ketika ini para khatib akan berkhutbah di atas mimbar , para daie akan bersungguh mengajak mad'unya , para ulama akan memberi peringatan-peringatan berharga. Semuanya menyuruh kepada aktiviti-aktiviti di bulan sya'ban seperti memperbanyakkan puasa , tilawah quran dan qiam di malam hari sebagai persediaan sebelum masuk bulan Ramadhan. Ini adalah satu suasana yang sangat baik bahkan terpuji . Namun , ada perkara yang lebih penting di samping apa yang disebutkan tadi , yang mana kita acap kali melupakannya , iaitu persediaan mental bagi menghadapi bulan Ramadhan ini . Dengan ini membawa maksud kita mengharapkan kedatangan Ramadhan , kita menunggu kehadirannya , kita merindui puasa di siang harinya dan qiam di malam harinya , kita menghitung detik-detik yang memisahkan kita dengan bulan yang mulia ini dan kita khuatiri nyawa kita tidak panjang dan kita tidak berkesempatan menyambut Ramadhan kali ini . Untuk kita memiliki perasaan sedemikian adalah satu perkara yang sangat susah , namun bagi mereka yang pernah merasainya sebelum ini akan menikmati hakikat bulan Ramadhan bahkan mendapat faedah yang besar dari setiap detik di bulan ini .

Sebenarnya , ada terdapat satu cara yang sangat mudah untuk kita mewujudkan perasaan cintakan ramadhan ini.

Bagaimana??
Caranya adalah dengan membayangkan dengan sebenar-benarnya bahawa Ramadhan yang akan menjelang kali ini akan menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita di dunia ini!!!

Dari situ barulah kita menghargai setiap detik yang ada di bulan Ramadhan , barulah kita bersungguh untuk mengkhatamkan Al-Quran sebanyak mungkin di bulan Ramadhan , barulah kita mencuba bersungguh-sungguh untuk mengurangkan tidur kita , menghentikan dari kata-kata yang kosong dan tidak berfaedah , mengelakkan diri dari melihat perkara-perkara haram atau mendengar perkara-perkara haram , melawan nafsu mengantuk untuk berdiri menghadap Allah di malam hari sambil menitiskan air mata kerana takutnya siksanya dan kerana mengenang dosa-dosa yang telah kita lakukan , dan dari situ kita mendapat semangat yang tidak akan padam untuk menjadikan Ramadhan yang bakal berkunjung ini Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui. Wallahu 'alam

( Dipetik dan diubah suai dari tulisan Dr. Raghib As-Sarjani )

Wednesday, May 26, 2010

Doktor;antara tugasan mulia,kerjaya dan dakwah??




Alhadulilah tengah hari tadi adalah kelas terakhir bagi sesi pembelajaran tahun 4 di universiti Kaherah, menandakan sudah 4 tahun berada di dalam sistem pembelajaran perubatan di Mesir ini. Masa yang berlalu begitu pantas hingga tidak terasa tempoh belajar hanya berbaki 2 tahun setengah. Segala syukur dipanjatkan ke Tuhan kerana masih lagi diberi pertolongan untuk meneruskan kehidupan di bumi yang penuh cabaran ini.

MInggu lepas merupakan satu detik yang bersejarah kerana ditemukan Allah dengan senior sekolah menengah dahulu. Beliau ketika ini menunggu panggilan untuk fatrah houseman di hospital, jadi sementara menunggu itu beliau menjelajah ke timur tengah untuk mengisi masa lapang. Kesempatan yang ada ini digunakan bagi bersembang-sembang mengenai sistem bidang perubatan di Malaysia baik di peringkat belajar atau di peringkat kerja.

Satu benda yang amat membuatkan otak ini terus menerus berfikir adalah mengenai mentaliti pelajar-pelajar perubatan di Malaysia terutamanya pelajar tahun akhir yang terlalu meletakkan isu duit, kenaikan pangkat , dan macam-macam lagi hal berkaitan dunia sebagai perkaran utama……

Timbul satu persoalan…mana perginya semangat membantu orang yang dahulu dilaung-laungkan…mana perginya jiwa-jiwa murni yang ingit berbakti dalam bidang ini….mana hilangnya hati yang suci yang takut terjerumus dalam lembah duniawi….

Teringat kisah Sa’id ibn ‘Amir gabenor wilayah Hims di zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila Umar menghadiahkannya 1000 dinar dan duit itu sampai kepadanya…lantas apa yang keluar dari mulut Sa’id… ‘innalilahi waina ilaihi raji’un ‘….kerana merasakan apabila dunia masuk ke dalam hati ia merupakan satu musibah.

Namun apa yang lebih membimbangkan lagi apabila rijal-rijal yang mempunyai fikrah, yang pada zaman belajarnya sungguh aktif dalam dakwah dan tarbiyah , yang ketika awal pengenalannya pada jalan ini sungguh tinggi hamasah….tetapi apabila masuk ke alam kerjaya dan dunia mula berlegar dalam jiwanya…maka sedikit demi sedikit dakwah diketepikan….tarbiyah hanyalah pengisi masa lapang…yang menjadi humum hanyalah pangkat,specialist,subspecialist dan kerjaya. Ya allah ..tetapkanlah aku di atas jalan DAKWAH ini ya allah….hayatilah kata-kata seorang ulama haraki yang ternama ini.

لا بد ان يكون الحياة على هامش الدعوة

Tidak boleh tidak, kehidupan diri itu hanyalah di pinggir-pinggir perjalanan dakwah

Sunday, April 18, 2010

Menanti hari itu...


sedang bermain dengan tangan sendiri


masih lagi asyik bermain dengan tangan sendiri


sedang menonggeng..mungkin lenguh belakang kot...her3


hermmmm...meloncat-loncat agaknya....



ukuran kepala hingga ke pelvis....untuk dapatkan jangkaan tarikh bersalin...

moga dipermudahkan segala urusan...
moga menjadi anak yang solehah...
moga menjadi penyejuk mata umi dan abi...

moga menjadi penyambung rantaian dakwah ini...Allahumma Ameen.....