Wednesday, May 26, 2010

Doktor;antara tugasan mulia,kerjaya dan dakwah??




Alhadulilah tengah hari tadi adalah kelas terakhir bagi sesi pembelajaran tahun 4 di universiti Kaherah, menandakan sudah 4 tahun berada di dalam sistem pembelajaran perubatan di Mesir ini. Masa yang berlalu begitu pantas hingga tidak terasa tempoh belajar hanya berbaki 2 tahun setengah. Segala syukur dipanjatkan ke Tuhan kerana masih lagi diberi pertolongan untuk meneruskan kehidupan di bumi yang penuh cabaran ini.

MInggu lepas merupakan satu detik yang bersejarah kerana ditemukan Allah dengan senior sekolah menengah dahulu. Beliau ketika ini menunggu panggilan untuk fatrah houseman di hospital, jadi sementara menunggu itu beliau menjelajah ke timur tengah untuk mengisi masa lapang. Kesempatan yang ada ini digunakan bagi bersembang-sembang mengenai sistem bidang perubatan di Malaysia baik di peringkat belajar atau di peringkat kerja.

Satu benda yang amat membuatkan otak ini terus menerus berfikir adalah mengenai mentaliti pelajar-pelajar perubatan di Malaysia terutamanya pelajar tahun akhir yang terlalu meletakkan isu duit, kenaikan pangkat , dan macam-macam lagi hal berkaitan dunia sebagai perkaran utama……

Timbul satu persoalan…mana perginya semangat membantu orang yang dahulu dilaung-laungkan…mana perginya jiwa-jiwa murni yang ingit berbakti dalam bidang ini….mana hilangnya hati yang suci yang takut terjerumus dalam lembah duniawi….

Teringat kisah Sa’id ibn ‘Amir gabenor wilayah Hims di zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila Umar menghadiahkannya 1000 dinar dan duit itu sampai kepadanya…lantas apa yang keluar dari mulut Sa’id… ‘innalilahi waina ilaihi raji’un ‘….kerana merasakan apabila dunia masuk ke dalam hati ia merupakan satu musibah.

Namun apa yang lebih membimbangkan lagi apabila rijal-rijal yang mempunyai fikrah, yang pada zaman belajarnya sungguh aktif dalam dakwah dan tarbiyah , yang ketika awal pengenalannya pada jalan ini sungguh tinggi hamasah….tetapi apabila masuk ke alam kerjaya dan dunia mula berlegar dalam jiwanya…maka sedikit demi sedikit dakwah diketepikan….tarbiyah hanyalah pengisi masa lapang…yang menjadi humum hanyalah pangkat,specialist,subspecialist dan kerjaya. Ya allah ..tetapkanlah aku di atas jalan DAKWAH ini ya allah….hayatilah kata-kata seorang ulama haraki yang ternama ini.

لا بد ان يكون الحياة على هامش الدعوة

Tidak boleh tidak, kehidupan diri itu hanyalah di pinggir-pinggir perjalanan dakwah

1 comment:

huzaifah said...

salam akhi..

bende ni sgt berat..dan sejarah menyaksikan ramai yg terdahulu dari kite mulai longgar dr keterikatan dakwah ini..
maka,
tiada siapa yg dapat menjamin kita bhw kita akan stay/thabat atas jalan ini kecuali Allah..
maka mari kite same2 memperbaiki hubungan dgn Allah agar dia mengurniakan kite THABAT...
dan kite doakan sahabat2 di dalam medan ini lah yg akan same2 menguatkan dan ingatkn kite ketika kite mulai lemah..

Allahuma thabit aqdamana ala hazdihi thoriq da'wah

huzaifah