Tuesday, June 28, 2011

Selamat berjuang!!!








Baru sebentar tadi berpisah dengan seorang ikhwah yang sangat rapat di hati ini.


Mula mengenali akhi Salman ketika tahun pertama Maahad Tahfidz Hira'.


Semasa di Mesir, pernah bergerak dan bekerja bersama dalam amal dakwah ISMA.


Buat Akhi Salman, moga Allah menetapkan kita di atas jalan dakwah. Amat merindui kalam taujihat yang basah, lembut tapi mendalam.


Terasa begitu banyak hak-hak ukhuwwah yang tidak sempat dilaksanakan.


Syukran atas segala tunjuk ajar, perkongsian dan peringatan, moga Allah ketemukan kita semula, ila liqo'.

Wednesday, June 15, 2011

Kegemilangan Fiqh Harakah Tersembunyi Di Dalam Amanah Dan Ijtihad






Memetik beberapa petikan dari kitab Muntalak karangan Ust Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, seorang pejuang haraki dari Iraq.

"Maka demikian juga da’i kini yang mencari formula untuk
dakwah ini; mereka tidak patut meremehkan pemimpin dan fuqaha’ dakwah
lampau dan tidak patut menipu untuk mengelirukan orang yang berbicara
dengan mereka. Mereka hendaklah setia, amanah dan jujur dan menyebut
ungkapan da’I Islam awal itu sebagaimana yang diungkapkan yang sudah
tepat dan cukup untuk menyampaikan maksud.




Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan , menghubungkan , menganalisa dan menampilkan mana yang penting dan menjelaskan apa-apa yang disepakati di kalangan mereka.




Ungkapan-ungkapan mereka yang telah dilupai itu jika dibawa semula menjadi
bahan perbincangan dan dijadikan bahan perhatian, dibukakan hati-hati untuk
memahaminya maka usaha ini seolah-olah menghidupkan kembali kalimahkalimah
da’i Islam yang telah mati dan menemuinya kembali setelah sekian
lama hilang.




Golongan intelek Islam mestilah menyedari sifat yang wajib dalam
perbincangan dakwah ini. Dia tidak patut rasa cuak, ego dan eksyen untuk
memetik kata-kata orang dahulu. Tidak patut dia jemu merujuk buku-buku
mereka berulang-ulang kali. Sesungguhnya fiqh ini adalah kurniaan kepada
sebilangan kecil manusia yang dikasihinya sahaja."

Satu perkara yang mesti diambil oleh pendokong perjuagan Ikhwan, bahawa meletakan diri bersama Ikhwan bermakna meletakan diri untuk membawa fikrah Hasan Al-Banna.

Sedarlah bahawa As-Syahid Hasan Al-Banna tidak banyak menulis buku dan antara tinggalannya yang beharga adalah Majmuk Rasail (himpunan risalah-risalah).

Perlu kita jelas fikrah Ikhwan dan Hasan Al-Banna tersimpul di sebalik Risalah Taalim , Rukun Baiah dan Usul 20.

Menyatakan untuk membawa dakwah dalam gerak kerja Ikhwan sebetulnya tidak boleh lari dari apa yang digariskan Al-Banna, dan pentingnya kita untuk melumatkan fikrah ini untuk disampaikan pada dunia keseluruhannya.

"Tetapi di samping itu, janganlah takut untuk berijtihad dan mengemukakan
pandangan baru kerana fiqh dakwah tidak akan berkembang sekiranya da’i
bertahan pada perkara umum, kekal pada perkara yang tidak ada khilaf. Dalam
pada itu, mereka mesti bertegas di dalam metodologi kajian tanpa kompromi
dan mereka mesti berpegang teguh pada usul-usul.




Jangan biarkan orang yang terburu-buru ‘musta’jil’ atau orang yang takut pada risiko pertarungan mempermain-mainkan prinsip itu., hingga mereka bertindak membuta tuli dan mengecewakan. Jangan biarkan mereka menjadi bahan umpan pihak berkuasa
hingga mudah mengkafirkan orang lain. "

Menerima bulat-bulat apa yang kita peroleh tanpa membawa kepada pernbincagan yang mendalam tidak kira yang sealiran atau yang tidak sealiran dengan kita membawa kita ke arah memahami fikrah ini hanya sebagai teori dan bukan sebagai praktikal.

Kita tidak akan mampu untuk mengutarakan pandangan dan pendapat ini yang kukuh kepada masyarakat yang sangat-sangat dahagakan penyelesaian kepada situasi yang sangat rumit dan meruncing ini.

Tidak boleh tidak , perbincangan, kajian, ijtihad itu sangat perlu.

Penulis ini menutup kenyataannya dengan soalan:
“Lihat, adakah harakah Islam ini mahu kembali kepada simple dan bentuk
umum hanya kerana untuk mengelak dari kesukaran dan aman dan sebarang
kebimbangan? Atau harakah ini akan melangkah maju lebih jauh ke depan
memperincikan dengan detail tetapi terpaksa menanggung risiko akibat
kemaraan dan kemelataan ini?”