Monday, May 16, 2011

Penat sudah berjalan??



Berbicara bersama seorang sahabat seperjuangan tempoh hari , bila mana dia mengadu mengenai penatnya dalam beramal , teringat satu petikan dari kitab Awaiq tulisan Ahmad Muhammad Ar-Rasyid.....



"Perjuangan yang terasa lazat dan kemenangan yang datang silih berganti.....



Itulah realiti yang dapat kita saksikan pada tahun-tahun akhir zaman Rasulallah s.a.w. Realiti ini telah membentuk keperibadian kaum muhajirin dan ansar , sehingga hidup mereka penuh dengan kegembiraan dan kebahagian, hati mereka meluapkan rasa syukur atas nikmat turunnya agama Islam dan nikmat mendapatkan kemuliaaan sebagai sahabat Nabi s.a.w."



Menyaksikan sahabat-sahabat nabi yang mana mereka adalah manusia biasa, seperti kita, mempunyai beban dan tanggungjawab sebagai manusia biasa, seperti kita, menempuh jalan menegakan agama, seperti kita, merasai kesakitan, kepayahan, kesusahan, keletihan, seperti kita.......



Tetapi pada akhirnya mereka merasa kelazatan atas semuanya yang dilalui itu, sedangkan kita hanya mengadu kerana tidak tertahan menanggunnya??

Betapa jauhnya kita dari mereka.