Friday, March 6, 2009

Sampaikan الا البلاغ


قل بفضل الله وبرحمته فبذالك فليفرحوا هوخير مما يجمعون

Bergembiralah dengan kedatangan bulan ini, bulan memperingati kelahiran peribadi agung yang pernah melangkahkan kakinya yang mulia di muka bumi ini. Peribadi yang siang malamnya sentiasa memikirkan mengenai perkembangan dakwahnya,sentiasa memikirkan nasib umatnya, sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur.

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة

Sesungguhnya terdapat pada Rasul yang kita cintai segala contoh teladan , contoh teladan yang sempurna lagi menyeluruh yang tidak terdapat pada mana-mana individu lain , tidak kira sebagai orang kaya atau miskin,tua atau muda,suami atau sahabat,hakim atau yang dihakimi , arab atau bukan arab, sihat atau sakit . Segala contoh itu terdapat pada peribadi agung nabi yang mampu untuk kita contohi.

Thiqoh(percaya) kepada nabi melangkaui sesiapa sahaja di dunia ini.

كل احد يأخذ ويترك الا المعصوم صلى الله عليه وسلم

(semua pandangan boleh diambil dan ditolak kecuali dari nabi)

Hinggakan ke peringkat kita disuruh menyampaikan apa sahaja yang kita terima dari Nabi.

بلغوا عني ولو اية

Maka pada bulan yang bermakna ini,marilah kita meneruskan sunnah nabi yang terbesar…iaitu menyampaikan….menyampaikan dakwah . Jangan sekali-kali kita meletakkan tanggungjawab tersebut hanya pada orang-orang tertentu tanpa melakukan apa yang terdaya. Jika benar kita mencintai Nabi,apakah akan kita jawab bila bertemu dengan baginda nanti,apabila ditanya apakah yang telah kita sampaikan dari nabi? maka pada ketika itu mampukah kita untuk melakarkan senyuman munafiq kita??

ان كنتم تحبون الله فاتبعونى

Jika benar kita cintakan Allah , sudahkah kita mengikuti cara hidup kekasih Allah secara keseluruhannya?? Atau kita merasa cara hidup kita dengan cara hidup nabi umpama langit dengan bumi??

Bagi mereka yang telah berusaha menjadi umat Muhammad yang sejati,khabar gembira buat kamu..

يوم ندعو كل اناس بإمامهم

(Hari diseru kepada setiap manusia bersama-sama imam mereka)

Bergembiralah,kerana kamu akan masuk ke syurga bersama-sama nabi melalui pintu umat Muhammad.

Maka bermula saat ini,berusahalah mewujudkan rasa cinta kepada nabi.wallahu ‘alam