Saturday, February 7, 2009

Inilah Jalannya هذا هو الطريق


Peperangan antara hak dan batil di bumi Ghazzah baru-baru ini sungguh member pengajaran yang bernilai . Kejayaan dan kemenangan yang dirai HAMAS member satu bukti kuat betapa pentingnya proses pembentukan individu-individu muslim yang memahami perjuangan cara Nabi sebelum menegakkan negara Islam.

Jika diteliti sejarah HAMAS, ia ditubuhkan pada tahun 1987, namun proses ke arah pembentukan itu bermula jauh lebih awal sekitar 20 tahun sebelumnya. Penggerak-penggerak awal menbentuk satu generasi asas yang akan membawa risalah yang mereka imani sebagai jalan perjuangan mereka. Di saat gerakan lain sudahpun mengangkat senjata melawan musuh mereka masih lagi meneruskan proses pembentukan(tarbiyah). Peringkat-peringkat yang bermula dari individu muslim,keluarga muslim dan masyarakat muslim sebelum mereka berjaya dalam pilihanraya pada 2006 dan membentuk kerajaan. Apa yang menariknya ialah apabila mereka berjaya memasyarakatkan perjuangan dan cara mereka, masyarakat yang rata-ratanya bukanlah HAMAS tetapi mengiman bahawa HAMAS lah  golongan yang benar-benar menjadi pejuang kebebasan mereka.

Apa yang dimaklumkan Israel mengenai serangan mereka ke atas jalur ghazzah hanyalah pembohongan semata-mata demi memindahkan fokus dunia dari isu sebenar. Roket-roket yang dilancar briged Al-Qossam sayap militer HAMAS tidak mengakibatkan kerosakan dan kematian yang teruk di pihak Israel jika dibandingkan dengan apa yang telah Israel lakukan.

Apa yang sebenar ingin dihapuskan adalah tetapnya perlawanan dan perjuangan rakyat palestin khususnya di jalur Ghazzah. Bagaikan bagaimana mereka tetap bersabar sekalipun diadakan sekatan eletrik,minyak,air,makanan dan ubatan lebih setahun.Satu bangsa yang tidak dibentuk dan dilatih tidak mungkin mampu bertahan selama itu dengan kekurangan dan kesukaran hidup yang begitu dahsyat. Ia merupakan satu gambaran jelas bagaimana dugaan yang dihadapi pada zaman nabi di saat boikot umum di jalankan ke atas Bani Haysim.

Matlamat lain zionis adalah untuk mengalihkan pandangan dunia  dari isu sebenar di tanah Palestin iaitu isu Masjid Al-Aqsa, Israel tidak pernah melupakan objektif mereka menjadikan Al-Quds sebagai pusat pemerintahan mereka tambahan proses-proses ke arah  pembinaan Haykal Sulaiman sudahpun berjalan berjalan

Apa yang diharapkan dengan serangan dahsyat ke atas Ghazzah adalah untuk menghapuskan isu palestin itu sendiri. Jika mereka berjaya menghapuskan HAMAS sebagai nadi perjuangan rakyat Palestin maka yang tinggal hanyalah boneka mereka yang menguasai Tebing Barat dan sanggup mengikuti segala arahan dari Zionis.Lihat betapa rakusnya Israel mengebom semua pejabat-pejabat HAMAS pada hari pertama operasi Cast Lead .Begitu jelas sekali kebencian mereka pada HAMAS.

Namun apa yang paling penting ketika ini, selain kita meneruskan bantuan-bantuan kepada Ghazzah, kita perlu  sedar bahawa inilah jalan yang telah di lalui nabi dan para sahabat,solafus soleh, dan juga kini oleh HAMAS. Inilah jalan dakwah. Kepada semua, ingatlah kafilah dakwah ini akan terus berjalan, jika kita tidak bersama mereka maka kita akan tertinggal dan bersama golongan yang terus dibuai mimpi dan bila di hadapan Allah nanti ,bila ditanya apakah yang telah kira lakukan untuk meninggikan kalimah Allah ? kita tidak ada lagi alasan untuk diberi .